TRIPLE A 21 (Hibrid IPGKTAR & PUSAKA)

KONVENSYEN MINI TEAM EXCELLENCE 2017 WILAYAH SARAWAK – 11 APRIL 2017

NAMA KUMPULAN: AL-FATEH (Kategori Hybrid)
ORGANISASI: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK (IPGKTAR) & PERBADANAN KEMAJUAN PERUSAHAAN KAYU SARAWAK (PUSAKA)
TAJUK PROJEK: PENGGUNAAN PAPAN TULIS YANG KURANG EFISIEN (Melalui Penghasilan “TRIPLE A 21”)
PENJIMATAN PROJEK/ PROJECT SAVINGS: Penggunaan Triple A 21 berjaya melaksanakan kemahiran 4K dengan min sebanyak 100% berbanding 58% yang menggunakan papan tulis konvensional.
RM MASA SETAHUN/ RM TIME SAVINGS PER YEAR: Secara generalisasi, penggunaan Triple A 21 dapat mengaplikasikan kemahiran 4K sebanyak 100% dalam tempoh satu jam.

PROFIL PROJEK
Projek ini ialah berkenaan dengan penggunaan papan tulis di dalam bilik darjah bagi memenuhi keperluan kemahiran pembelajaran abad ke-21. Hal ini disebabkan oleh penggunaan papan tulis yang dipaparkan di hadapan kelas sebelum ini bersifat “mati”, tidak fleksibel, tidak mudah alih serta tidak mengambil kira kemahiran pembelajaran abad ke-21. Implikasinya, kemahiran tersebut seperti komunikasi, kolaborasi, pemikiran kritis dan kreativiti (4K) murid kurang berkesan dilaksanakan. Institut Pendidikan Guru Kampus Abdul Razak (IPGKTAR) sebagai peneraju kecemerlangan pedagogi pendidikan dan pihak PUSAKA sebagai penggerak pembangunan perkayuan di Sarawak amat sesuai menghasilkan satu inovasi pembelajaran berasaskan papan tulis. Papan tulis yang dihasilkan ini bersesuaian dengan keperluan pendidikan di kawasan luar bandar yang memerlukan satu pendekatan pembelajaran yang boleh membantu meningkatkan amalan pedagogi terbaik di dalam bilik darjah. Penghasilan inovasi ini merupakan sumbangan kedua-dua organisasi ini sebagai tanggungjawab sosial dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid-murid di kawasan luar bandar.

PENCAPAIAN PROJEK & PENCIPTAAN NILAI
Penggunaan Triple A 21 berjaya melaksanakan kemahiran 4K dengan min sebanyak 100% berbanding 58% yang menggunakan papan tulis konvensional. Secara generalisasi, penggunaan Triple A 21 dapat mengaplikasikan kemahiran 4K sebanyak 100% dalam tempoh satu jam.

No Comments

Post A Comment