Profil TABSOR + ABC

ANNUAL PRODUCTIVITY & INNOVATION CONFERENCE AND EXPOSITION (APIC) 2017

KONVENSYEN KEBANGSAAN TEAM EXCELLENCE 2017

NAMA KUMPULAN/ CIRCLE NAME: AL-KAHFI
ORGANISASI/ ORGANISATION: INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK
TAJUK PROJEK/ PROJECT TITLE: KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI MURID RENDAH
PENJIMATAN PROJEK/ PROJECT SAVING: Murid dapat MEMBINA AYAT DALAM PENULISAN daripada tempoh 5 tahun kepada 2 bulan
RM MASA SETAHUN/RM TIME SAVING PER YEAR: Penjimatan setahun =365 hari – 12 hari = 353 hari

LATARBELAKANG PROJEK
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi merupakan perkara yang menjadi keperluan atau keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025. Dalam mendepani cabaran abad ke-21 ini, murid-murid peru dibekalkan dengan kemahiran berfikir iaitu membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. PISA telah meletakkan Malaysia berada di tangga ke-52 daripada 76 negara pada tahun 2015 ujian Matematik, Sains, dan Literasi Bahasa.

Analisis Keputusan UPSR – Calon mendapat semua A
Tahun: 2015 – 38,344 calon mendapat semua A daripada 443,407 (8.65%)
Tahun: 2016 – 4,896 calon mendapat A daripada 452,751 (1.1%)

Gred purata kebangsaan
Tahun: 2015 (2.25%)
Tahun: 2016 (2.96%)

Masalah ini ada kaitan dengan soalan-soalan beraras tinggi tidak dapat dijawab oleh murid dalam peperiksaan.

Punca utama masalah ialah disebabkan oleh aktiviti murid, tugasan, serta soalan yang dikemukakan oleh guru adalah pada aras rendah.

Cara penyelesaiannya ialah menghasilkan Modul Pembelajaran ”TABSOR + ABC”.

Modul yang dihasilkan ini mengandungi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (TABSOR) yang memenuhi keperluan kemahiran pembelajaran abad ke-21 dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi melalui Alat Berfikir Cemerlang (ABC).

Antara tempat yang dijadikan tanda aras ialah:

  1. Sekolah Menengah Kebangsaan Muara Tuang (Sekolah Amanah)
  2. Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak
  3. Pejabat Pendidikan Daerah Samarahan
  4. Sekolah Menengah Kebangsaan Petra Jaya

Pencapaian projek dan penciptaan nilai ialah Modul Pembelajaran TABSOR + ABC dapat meningkatkan pemikiran kritis dan kreatif dalam kalangan murid. Selain itu, murid dapat meningkatkan kemahiran membuat keputusan dan penyelesaian masalah terhadap sesuatu tugasan yang diberikan dengan skor sebanyak 100% berbanding dengan kaedah konvensional yang hanya 58% sahaja. Secara generalisasi, penggunaan Modul Pembelajaran dapat mengaplikasikan kemahiran 4K (komunikasi, kolaboratif, kreativiti, dan pemikiran kritis) sebanyak 100% dalam tempoh satu jam. Dari aspek impaknya, murid dapat membina ayat dalam penulisan daripada tempoh 5 tahun kepada 2 bulan iaitu penjimatan sebanyak 353 hari.
Antara pencapaian lain Kumpulan Al-Kahfi ialah:

  1. Anugerah Dua Bintang (Pertandingan Inovasi Kelolaan Jabatan Ketua Menteri Sarawak, 2016)
  2. Pingat Emas (MPC, Konvensyen Wilayah Team Excellence Sabah Dan Sarawak, 2016)
  3. Pingat Emas Tiga Bintang (Annual Productivity & Innovation Conference And Exposition [APIC] 2016)
  4. Johan Kategori Awam (Cabaran Inovasi Inklusif 2016) Zon Sarawak
  5. Pingat Emas (MPC Konvensyen Mini Kuching Sarawak 2017) Kumpulan Hibrid Bersama-Sama Dengan Pusaka, Sarawak.
  6. Pingat Emas (MPC, Konvensyen Wilayah Team Excellence Sabah Dan Sarawak, 2017)
  7. Anugerah Dua Bintang (Pertandingan Inovasi Kelolaan Jabatan Ketua Menteri Sarawak, 2017)
  8. Pingat Emas Penyertaan IQPC (International Quality Productivity Convention) Ke Padang, Sumatera, Indonesia Pada 27 – 30 November 2017
Tags:
, ,
No Comments

Post A Comment